I Love My Faith

Bismillah, meski telat namun untuk mengawali tahun baru 2013 ini saya berkeinginan untuk membagi sebuah nasihat/petuah dari seorang Pemikir Islam dan Melayu kenamaan, Prof.Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud . Karena saya kira nasihat dalam bingkai puisinya tersebut sangat dalam tuk direnungi bersama.

Kenapa Begitu Sekali?

Apabila agamaku dipertahan teguh
Diamalkan ikhlas bersungguh
Aku konservatif jumud kau tuduh
Enggan maju berfikiran masa bodoh

Apabila bahasa Kebangsaan diterapkan
Di semua bidang dan lapangan
Kau melaungkan kebimbangan
Bangsa tercinta terus terkebelakang
Dalam pertandingan menambah harta dan wang
Tenggelam tertelan globalisasi menggelombang

Apabila bahasamu diangkat melangit
Bahasaku kau serang sengit
Aku kau minta berlapang dada
Demi kebaikan bersama

Apabila Tuhanku kau hina
Dengan sifat syirik segala
Kau mengibar bendera toleransi
Menyanyikan lagu hak asasi

Aku hanya bisa menulis di sini
Para penguasa sibuk mengemis undi
Insan pembawa kitab kerap menafsiri
Menurut kehendak pengikut dan kawan terkini
Kenapa begitu sekali?